PERJUMPAAN
DENGAN SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI DATO FATMI HAJI CHE SALLEH
MALAYSIA
ORDINANCE
Hari :
KHAMIS
Masa :
2.00 Petang
Tempat
: Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Kehadiran
:
1. DATO’ FATMI HAJI CHE SALLEH(Setiausaha
Politik Perdana Menteri)
2. Prof Dr Zuhairni B. Abd.
Ghani (PA)Timbalan President
3. Prof Dr Ali Talib(PA)Pengerusi
Biro Pendidikan
4. Prof Dr Mohamed Hairudin
Abd. Hamid(PA) Pengerusi Biro Perlesenan
5. Dr Nik Fairuz Hakim B. Nik
Omar(PA) Setiausaha Agong
6. Wan Nurain(SU Dr Nik)
Dato’ mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kepada semua wakil Majlis 1 Homeopathy Malaysia
yang dapat hadir pada petang ini.
Prof Dr Zuhairni Memberi Penerangan
Tentang Tujuan Kedatangan wakil Majlis untuk berjumpa dengan Dato’.
Prof Dr Zuhaini memberikan penerangan tentang tujuan
dan kehendak majlis kepada Dato’ Fatmi Haji Che Salleh. Antaranya:-
-
Meminta supaya Majlis 1
Homeopathy Malaysia menjadi badan pengamal kedua didalam T&CM KKM,
-
Meminta supaya Majlis 1
Homeopathy Malaysia menjadi Medical Tourism seperti perubatan biasa(Allopathy)
-
Meminta supaya Majlis 1
Homeopathy Malaysia ini diwarwarkan dan membantu kerajaan memberikan rawatan
percuma di seluruh tanah air.
DATO’ FATMI MEMINTA SUPAYA DIADAKAN
PERJUMPAAN DENGAN PERDANA MENTERI
Dato’ Fatmi Haji Che Salleh memberikan cadangan supaya
diadakan perjumpaaan antara Perdana Menteri dengan semua pengamal Majlis 1 Homeopathy Malaysia.
Dato’ Fatmi meminta supaya Majlis 1 Homeopathy Malaysia menghantar
surat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dimana surat itu sepatutnya
ditandatangani sendiri oleh Presiden Majlis 1 Homeopathy Malaysia bukannya
Setiausaha Agong Majlis dan mempunyai 4 perkara tadi dan menambahkan cadangan
beliau untuk diadakan perjumpaan antara Perdana Menteri dengan ahli Majlis 1
Homeopathy Malaysia.

Dato’ Fatmi juga meminta supaya Setiausaha Agong Majlis
berjumpa sekali lagi dengan beliau untuk membincangkan isu ini sebelum berjumpa
dengan Perdana Menteri
Timbalan
Presiden mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Fatmi Haji Che Salleh kerana
sudi berjumpa dan melapangkan masa bersama wakil-wakil Majlis dengan beliau.
Majlis
perjumpaan ditangguh jam 04.00 Ptg
Pencatat : Wan
Nurain.