Perlembagaan


PERLEMBAGAAN HOMEOPATHY MALAYSIA


1. Dengan ini satu Amanah ditubuhkan yang dikenali dengan nama MAJLIS PERUBATAN & PENGAMAL-PENGAMAL HOMEOPATHY MALAYSIA (selepas ni disebut sebagai “HOMEOPATHY MALAYSIA”).
1.1.1. Majlis ini akan dikendalikan secara esklusif oleh Pemegang-Pemegang Amanah Pertama sehingga ke satu peringkat yang difikirkan oleh Pemegang-pemegang Amanah Pertama adalah perlu untuk mengukuhkan HOMEOPATHY MALAYSIA.
1.1.1.. Mereka adalah tidak boleh dibuang atau dipecat melainkan oleh mereka sendiri (Pemegang-Pemegang Amanah Pertama), dan sebarang pemecatan atau pembuangan hendaklah dibuat dengan suara majoriti Pemegang-Pemegang Amanah Pertama sahaja.
1.1.2. Manakala setiap Persatuan mula-mula dalam menubuhkan HOMEOPATHY MALAYSIA akan menghantar 2 nama kepada Pemegang-Pemegang Amanah Pertama untuk dilantik ke dalam Majlis HOMEOPATHY MALAYSIA dan mereka mempunyai kuasa yang terhad yang tidak boleh mengatasi kuasa Pemegang-Pemegang Amanah Pertama.
Senarai nama Persatuan-Persatuan tersebut adalah:
1 .2.1 Persatuan Iktisad Homeopathy Malaysia;
1.1.2.2 Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia;
1.1,2.3 Persatuan Pengamal Sains Perubatan Homeopathy Negeri Johor; dan
1.1.2.4 Persatuan Sains Perubatan Homeopathy & Pengkaji Penyakit.
1 .2. Setiap Persatuan akan di wakili oleh 2 (dua) individu untuk ke Majlis Perubatan & Pengamal-Pengamal Homeopathy Malaysia (Rujukan Artikel 1.1.2). Mereka ada memiliki kuasa dalam Majlis Perubatan & Pengamal-Pengamal Homeopathy Malaysia selepas ini dikenali dengan nama singkatan HOMEOPATHY MALAYSIA. Mereka akan kekal di dalamnya melainkan kerana mereka dibuang atau dipecatan (Dengan rujuk kepada Artikel 5.6):-
1.2.1 Kematian I Meninggal dunia;
1 .2.2 Kebankrupan /Muflis;
1 .2.3 Hilang keupayaan berfikir / Hilang akal (Gila iTidak siuman);
1 .2.4Diisthiharkan oleh Mahkamah untuk tidak layak; dan
1.2.5 Cacat kekal.
1.2.6 Di pecat (Rujuk kepada Artikel 1.3.)
1.3 Cara Pemecatan
1.3.1. Rujuk kepada Artikel 1.1.1.
2. Alamat dan tempat urusan pejabat HOMEOPATHY MALAYSIA ialah
No.22-I, Jalan
4/4C, Desa Melawati,
atau di tempat-tempat yang akan ditetapkan dan semasa ke semasa oleh Pemegang-Pemegang Amanah Pertama. 

3. Tujuan-tujuan HOMEOPATHY MALAYSIA ialah :-

(a) Menjadi badan induk bagi semua Pengamal-pengamal Perubatan Homeopathy di
Malaysia. HOMEOPATHY MALAYSIA bertindak sepertimana di bawah Majlis Perubatan
Malaysia (Malaysia Medical Council) di bawah Akta Perubatan 1971 dan I atau Majlis
Peguam Malaysia (Malaysia Bar Council) di bawah “the Advocates & Solicitors
Ordinance” 1947. Majlis Perubatan & Pengamal-pengamal Homeopathy Malaysia di
tubuhkan mengikut Akta Perubatan 1971 di bawah Peraturan Kawalan Ubat dan
Kosmetik.

(b) Mengumpul semua Pengamal-Pengamal Perubatan Homeopathy di Malaysia di bawah satu bumbung untuk mengemaskinikan dan menyelaraskan usaha-usaha PengamalP engamal Homeopathy sebagai ahli yang tersusun dan mengambil daya usaha untuk memartabatkan mereka ketahap yang sesuai dengan usaha dan jasa mereka kepada agama, bangsa & negara.

(c) Bertindak untuk menjadi perantara di antara Kerajaan Malaysia (Khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan Pengamal-Pengamat Homeopathy dan Persatuan-Persatuan Homeopathy di seluruh Negara dan atarabangsa.

3. C - i - Jika berlaku apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang dan Institutsi Kehakiman Negara di mana-mana tempat, maka pihak HOMEOPATHY MALAYSIA boleh untuk:-

3.C - i - i Pencelah;
3.C - i - ii Pembela
3.C — iii Abitrator;
3.C - i - iv Menjad Peguambela & Peguamcara iaitu dengan melantik Peguam.

(d) Membentuk satu Jawatankuasa di peringkat Kebangsaan untuk menjalinkan hubungan dengan badan-badan dalam negara dan / atau antarabangsa.

(e) Membantu pihak Kerajaan Malaysia untuk menanam sifat positif dalam masyarakat untuk hidup sihat dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk agama, bangsa & negara. Semua penyakit ada ubatnya melainkan tua dan kematian.

4. Dalam usaha untuk mencapai tujuan diatas, Pemegang-Pemegang Amanah Pertama adalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan aktiviti dan melakukan segala sesuatu yang bermanfaat atau perlu, atau bersampingan dengan, tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 klausa-klausa lain dalam Surat lkatan ini.

5. Keahlian HOMEOPATHY MALAYSIA:

5.1 Kelulusan untuk Pengamal-Pengamal Homeopathy dalam erti kata mudah untuk menjadi ahli HOMEOPATHY MALAYSIA. 

5.2       Sesunnguhnya sbelum Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan
Komplementari (RUU PTK) diluluskan oleh Parlimen Malaysia, Pengamal- Pengamal
Homeopathy yang sedang menjalankan praktisnya secara sepenuh masa atau
sambilan di premis homeopathy boleh berdaftar dengan Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5.3       Kelulusan homeopathy yang dimiliki sekarang sama ada peringkat sijil, diploma, ijazah atau selainnya dan daripada pusat pengajian homeopathy tempatan atau luar negara walaupun tidak diiktiraf oleh negara di mana kelulusan itu dikeluarkannya hendaklah diiktiraf oleh HOMEOPATHY MALAYSIA untuk mendapat pengiktirafan.

5.4       Pengamal homeopathy yang mendapat no rujukan selepas berdaftar dengan ep engamal layak untuk menjadi ahli HOMEOPATHY MALAYSIA dan mendapat Sijil Amalan Tahunan (SAT) dan Majlis Perubatan & Pengamal-Pengamal Homeopathy Malaysia yang diluluskan oleh HOMEOPATHY MALAYSIA.
5.5       Pengamal homeopathy yang sudah mendapat no rujukan e-pengamal semasa Akta PTK dikuatkuasakan serta memiliki kelulusan homeopathy daripada instutut pengajian homeopathy yang tidak diiktiraf daripada pihak kerajaan layak menduduki Peperiksaan Kelayakan Kebangsaan untuk Pengamal Homeopathy (National Qualifying Examination for Homeopathic Practitioners). Peperiksaan berkenaan akan di kendalikan oleh HOMEOPATHY MALAYSIA dengan kerjasamana dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
5.5.1 Maksud kerjasama; adalah tidak wajib dan ia adalah pilihan.
5.6       Jika ada salah seorang mereka berlaku ketidak mampuan untuk memegang jawatan Ahli Lembaga HOMEOPATHY MALAYSIA, maka ahli-ahli Majlis
HOMEOPATHY MALAYSIA yang ada sekarang mi diber kuasa untuk
melantik sesiapa sahaja yang mereka fikirkan perlu demi masa depan
HOMEOPATHY MALAYSIA.
5.7       Adalah hak HOMEOPATHY MALAYSIA untuk mengiktiraf mana-mana hospital, klinik, pengunaan nama doktor bagi pengamal-pengamal yang diiktiraf oleh HOMEOPATHY MALAYSIA, mereka juga juga bebas untuk menggunaan alat-alat perubatan, seperti stetoskop, jarum, mesin bedah,dan lain-lain; selagi mana mereka dilatih di institusi-institusi yang diiktiraf oleh
HOMEOPATHY MALAYSIA.
5.8       Adalah hak HOMEOPATHY MALAYSIA yang diiktiraf olehnya, untuk mendapat Panel Doktor, hak menubuhkan syarikat, hak menubuhkan hospital, klinik, dispensari dan lain-lain selagimana ia memenuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan HOMEOPATHY MALAYSIA.
  
5.9       Adalah hak HOMEOPATHY MALAYSIA untuk mengimport, mengeksport,
membeli dan menjual ubat-ubatan, makanan suplimen, selagi mana mereka adalah ahli yang diiktiraf oleh mereka (HOMEOPATHY MALAYSIA).

6.         “Pemegang-Pemegang Amanah Pertama” dan Pemegang-Pemegang Amanah lain yang dilantik di bawah Surat Ikatan mi hendaklah menjadi satu lembaga yang di panggil atau disebut sebagai “Lembaga”. Pemegang-Pemegang Amanah Pertama hendaklah memitih dan kalangan mereka seorang Presiden, seorang Setiausaha dan beberapa Ketua Biro yang Pemegang-Peniegang Amanah Pertama fikirkan perlu.

7.         Buat kali Pertama mi seorang Presiden dan seorang Setiausaha akan dilantik kekal sehingga Majlis HOMEOPATHY MALAYSIA mi sampal ke satu tahap yang kukuh; dan selepas itu setiap bakal Presiden & Setiausaha akan dipilih dalam masa dua (2) tahun sekali.

8.         Pemegang-Pemegang Amanah HOMEOPATHY MALAYSIA mi hendaklah terdiri dan lapan (8) orang dan tidak melebihi daripada dua betas (12) orang.

9. Ahli Lembaga HOMEOPATHY MALAYSIA mempunyai kuasa untuk menentukan sesiapa sahaja untuk menjadi AhIi Jawatan Kuasa Pengurusan bagi melancarkan tujuan penubuhannya.

10. Klausa-klausa berikut adalah peraturan-peraturan bagi perjalanan Lembaga.

11. Lembaga dan semasa ke seniasa boleh membuka dan mengendalikan atas nama HOMEOPATHY MALAYSIA akaun-akaun bank di satu atau lebih Bank yang di putuskan oleh mereka dan semasa ke semasa dan membuat apa-apa bayaran daripada akaun tersebut untuk tujuan berkaitan atau bersampingan dengan apa-apa urusan HOMEOPATHY MALAYSIA, dengan syarat semua cek-cek dan arahan untuk pembayaran wang hendaklah di tandatangani oleh Presiden, Setlausaha dan Bendahari.

12. Lembaga boleh menasihat Pemegang-Pemegang Amanah Pertama dan semasa ke semasa untuk melantik para penasihat kepada HOMEOPATHY MALAYSIA untuk memberikan sebarang nasihat yang difikirkan perlu.

13. Ahli-ahli penel tersebut setelah dilantik akan terus berkhidmat bagi satu tempuh masa yang ditentukan oleh Lembaga melainkan beliau meletak jawatan atas kehendaknya atau dipecat oleh Lembaga.

14. Pada perlantikan Pemegang Amanah tersebut, suatu memorandum perlantikan hendaklah disediakan dan di tangdatangani oleh orang yang mempengerusikan mesyuarat dan disaksikan oleh dua (2) orang Pemegang Amanah yang lain dan yang hadir di mesyuarat tersebut.

 15.       Setiap Pemegang Amanah baru hendaklah sebelum bertindak sebagai Pemegang Amanah di bawah Surat Ikatan mi menandatangani di dalam buku minit mesyuarat suatu pengakuan persetujuan dan kesediaan untuk bertindak mengikut amanah Surat Ikatan in’.
16. Hak istimewa Pemegang-PemegangAmanah Pertama.

16.1 Pemegang-Pemegang Amanah Pertama menubuhkannya akan kekal buat selama-lamanya, melainkan jika berlaku 5 (lima) seperti yang tertulis dalam Artikel 1.

16.2. Jika berlaku salah satu perkara di atas maka Pemegang-Pemegang Amanah Pertama akan mengantikannya (Rujuk kepada Artikel 1 keseluruhannya).

16.3 Jika tidak ada pengganti, maka Pemegang-Pemegang Amanah yang asal boleh
melantik sesiapa juga yang mereka rasakan sesuai untuk menduduki kerusi PemegangP emegang Amanah Pertama dan I atau Lembaga berdasarakan suara majoriti
HOMEOPATHY MALAYSIA.

17.       Hendaklah memegang aset-aset HOMEOPATHY MALAYSIA sebagai satu amanah untuk menggunakan modal dan pendapatan daripadanya selama-lamanya bagi menggalakkan, memajukkan, serta menaikkan tujuan-tujuan HOMEOPATHY MALAYSIA ditubuhkan.

18.       Lembaga boleh pada bila-bila masa dan dan semasa ke semasa secara keseluruhan atau sebahagian membatalkan atau meminda kesemua atau mana-mana tujuan yang baginya pendapatan-pendapatan aset HOMEOPATHY MALAYSIA ditetapkan untuk digunakan di bawah Surat Ikatan mi dan boleh mengisytiharkan bahawa sebagai penggantinya pendapatan tersebut atau mana-mana bahagian darinya hendaklah digunakan bagi memenuhi tujuan-tujuan lain yang selaras dengan tujuan
HOMEOPATHY MALAYSIA.

19.       Tabung HOMEOPATHY MALAYSIA akan didapati dan sumbangan yuran-yuran ahli, hasil dan jualan ubat-ubatan, peralatan-peralatan perubatan homeopathy, buku-buku, pamphlet, pita-pita dan sumbangan perseorangan dan institusi dan mana-mana
bahagian dunia termasuk kerajaan dan syarikat selagi ia diberikan tanpa sebarang syarat dan tidak melanggar undang-undang negara dan undang-undang
antarangbangsa.


 20.       Pemegang- Pemegang Amanah Pertama boleh pada sebarang masa membuat pengurusan, menyediakan sebarang skim dan mengubal undang-undang kecil dan peraturan yang mereka fikirkan sesuai untuk pentadbiran amanah yang ditubuhkan di sini dan pengurusan institusi sebarang harta lain tertakiuk kepada amanah Surat Ikatan mi atau mana-mana bahagian darinya dan boleh pada sebarang masa pada atau ubah atau batal sebarang pengurusan, skim, undan-undang kecil, atau peraturan tersebut yang difikiran sesuai.

21.       Di mana dalam Surat Ikatan sebarang yang perlu dilakukan secara bersama oleh Pemegang- Pemegang Amanah Pertama.

22.       Pemegang Amanah boleh dengan majoriti dua pertiga membubarkan Amanah mi lalu HOMEOPATHY MALAYSIA mi hendaklah dibubarkan dan lebihan dan dana selepas dijelaskan dengan sepenuh semua hutang dan tanggungan akan disumbangkan kepada yang lain-lain pertubuhan, institusi, atau organisasi yang sah dan mempunyai tujuan yang serupa dengan amanah HOMEOPATHY MALAYSIA seperti diputuskan oleh Pemegang- Pemegang Amanah Pertama.